Sunday, 19 February 2012

Latar Belakang dan Logo 5S


Latar Belakang 5S (Lima ‘S’)

1.      Kaedah yang membantu mewujudkan persekitaran di tempat kerja yang berkualiti, kemas dan selamat.
2.      Awalan ‘S’ membawa lima (5) maksud iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa amal.
3.      Kepatuhan kepada piawaian Panduan Amalan 5S, Arahan Perbendaharaan TPA & TPS, Garis Panduan Pengurusan Pejabat, Prosedur Sistem  Pengurusan Kualiti.

Mengapa Perlu 5S?

1.      Penerapan persekitaran tempat kerja yang bersih, selesa dan selamat.
2.      Membentuk semangat berpasukan.
3.      Membudayakan 5S dalam kehidupan harian.



MAKSUD LOGO

WARNA
BIRU
Mengambil tanggungjawab dan tindakan positif demi menjayakan Amalan 5S di sekolah ini
MERAH
Bersemangat waja serta cekal dan tabah dalam melaksanakan Amalan 5S
HITAM
Amalan profesionalisme dan ketelusan
KUNING
Komited mengamalkan 5S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal)
PUTIH
Memupuk sikap mulia dan nilai-nilai murni dalam diri setiap SMT Likas
SIMBOL
ANAK PANAH
Melaksanakan 5S secara berterusan
BINTANG
Mencapai target 5 bintang dalam 5S
 NOMBOR 5
Mewakili sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal
BULATAN
Warga SMT Likas bersatu hati dalam melaksanakan 5S


Pelan Lokasi SM Teknik Likas, Kota Kinabalu

Sila lihat pelan lokasi Sekolah Menengah Teknik Likas jika anda berkunjung ke sini.

Friday, 17 February 2012

Lencana 5S SM Teknik Likas 2012

Lencana ini merupakan cetusan idea Pengetua Cemerlang Sekolah Menengah Teknik Likas, En. Abd. Hafidz Pg. Adnan. Lencana ini akan menjadi pemangkin kepada semua warga SM Teknik Likas untuk terus merealisasikan misi 5S sehingga mencapai visi yang diimpikan.
(Saiz lencana : Resolution = 100 pixels,  Diameter = 5", Pixel Dimension = 520X520 (729K), format = .jpeg)


Thursday, 16 February 2012

Ahli Jawatan Kuasa Induk 5S SM Teknik Likas 2012

AJK 5S


Selamat Datang Ke Laman 5S SM Teknik Likas, Kota Kinabalu, Sabah

Laman ini dibangunkan pada 16 Februari 2012 untuk merealisasikan amalan 5S di Sekolah Menengah Teknik Likas bagi tahun 2012 dengan harapan perbincangan, komen dan idea yang bernas dapat disalurkan melalui media siber bukan sahaja di kalangan warga SMT Likas tetapi juga warga pendidik di Malaysia amnya. Gambar di bawah merupakan logo rasmi 5S sekolah yang telah dicipta oleh Pn. Kamziah dan Mohd. Yunus Mustakim.